fbpx

Malaysia, Singapura meterai tiga perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (kanan) bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Kim Yong.

PETALING JAYA – Malaysia dan Singapura hari ini telah memeterai tiga perjanjian meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau itu ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.

“Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia untuk menandantangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama dari aspek data, keselamatan siber dan ekonomi digital,” katanya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersama delegasi di The Istana.

“Menerusi pertemuan ini kami sebagai kawan rapat dan jiran dapat bekerjasama secara konstruktif serta menghasilkan situasi menang-menang dengan faedah yang ketara untuk rakyat dan lapangan perniagaan kedua-dua negara,” ujarnya.

Lawatan rasmi Anwar ke Singapura hari ini turut disertai isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Delegasi tersebut juga turut diiringi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI