fbpx

Korek KWSP, kita tak tahu apa jadi lepas bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP orang perlu menyimpan wang secara disiplin bagi menampung kegunaan di waktu kecemasan dan tidak mengharapkan pengeluaran KWSP. – Gambar hiasan

Saudara Pengarang,

Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) penting untuk kegunaan selepas bersara kelak. Kita tidak tahu selama mana akan hidup selepas bersara nanti.

Wang penting selepas bersara supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa mengharapkan bantuan serta menyusahkan orang sekeliling.

Usia lanjut akan menyebabkan tahap kesihatan kita menurun. Penurunan ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi merawati penyakit ini, kita memerlukan wang untuk melakukan proses rawatan.

Usia yang lanjut juga akan menyukarkan proses carian kerja kerana tenaga semakin berkurangan. Ramai majikan di luar sana lebih gemar mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan orang muda yang lebih sihat dan bertenaga.

Oleh itu, penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benar-benar kukuh bagi menampung kehidupan kita selepas bersara.

Setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika ia diperlukan tanpa perlu menyentuh simpanan persaraan mereka. Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus aspek kewangan harian mereka.

Walaupun wang dijimat dan disimpan adalah sedikit, namun sekiranya ia dilakukan setiap masa, wang itu akan menjadi banyak. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sikap menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan perlu disemai diwaktu kecil lagi.

Generasi muda harus dilatih dari awal untuk menabung, mengamalkan sikap berjimat-cermat serta tidak membazir supaya mereka tidak menjadi kalam kabut dari sudut pengurusan kewangan apabila mereka menjadi dewasa kelak.

Dr. Muzaffar
Syah Mallow
Profesor Madya, Fakulti
Syariah & amp; Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI