fbpx

Budak 12 tahun patah tangan jatuh dari tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN anggota bomba dari BBP Larkin membawa turun seorang kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 11 rumah pangsa dalam kejadian di Jalan Garuda, Larkin, Johor Bahru malam semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.31 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun terselamat dan hanya mengalami patah tangan kiri.

Difahamkan, mangsa bersama beberapa kanak-kanak yang dipercayai bermain di aras 11 bangunan 15 tingkat itu sebelum terjatuh dan tersangkut pada bumbung kedai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Arifin berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) memang benar terdapat kejadian yang dilaporkan.

“Mangsa, seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui tersangkut di atas bumbung kedai yang berada di tingkat bawah bangunan kediaman terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, pihaknya bertindak membawa turun mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI