fbpx

Beli air bikarbonat ‘percuma’ semut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air bikarbonat 'percuma' semut yang dibeli Esther Choo dari sebuah restoran makanan segera di Sarawak.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila air bikarbonat yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera turut disertakan ‘percuma’ semut.

Difahamkan, air bikarbonat itu dibeli oleh wanita tersebut dikenali sebagai Esther Choo dari sebuah cawangan restoran makanan segera di Sarawak, bersekali dengan set makanan.

“Beli set makanan, tapi saya tak boleh minum disebabkan minuman ada semut.

“Periksa cawan atau penutup cawan sebelum letakkan air, tidak susah bukan?,” katanya yang memuat naik hantaran pada Facebook hari ini.

Dalam pada itu, pengguna media sosial meninggalkan pelbagai komen selain ada yang berkongsi pengalaman membeli makanan di cawangan sama restoran makanan segera tersebut.

“Saya pernah beli makanan di situ, siap ada rambut dalam air,” kata Shavila Puyang.

“Buat aduan ke pejabat kesihatan,” saran seorang pengguna dikenali sebagai Thias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI