fbpx

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 219 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah penduduk yang dinaiki air di Rompin hari ini.

ROMPIN – Selepas dua hari menyaksikan penurunan, mangsa banjir di negeri ini hari ini kembali meningkat kepada 219 orang berbanding 200 orang yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 70 keluarga di daerah Rompin itu ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Seramai 171 mangsa daripada 54 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Setajam, 27 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Denai dan 21 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Jawa.

“Pasukan APM terus melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air dan juga kawasan berisiko banjir,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hanya Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI