PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan berlaku di enam negeri pada hari ini.
MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, negeri terlibat adalah Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
“Amaran hujan berterusan kategori buruk di janga berlaku di Pahang di daerah Rompin dan Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
“Manakala, bagi kategori waspada pula hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; seluruh Terengganu dan Pahang di daerah Kuantan dan Pekan.
Turut menerima amaran waspasa di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru; Di Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) manakala Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE