fbpx

2 maut, 3 cedera, kemalangan kereta dan van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kereta Perodua Kelisa yang terlibat kemalangan dengan sebuah van pekerja di Jalan Beruas-Parit hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

BERUAS – Dua warga emas maut manakala tiga cedera apabila sebuah kereta Perodua Kelisa terlibat kemalangan dengan sebuah van pekerja di Jalan Beruas-Parit, dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, pemandu Kelisa, Fatimah Mohd. Ali, 64, dan seorang penumpang belakang, Mohd. Ibrahim Md. Deram, 77, maut di lokasi kejadian.

Sementara, dua lagi penumpang, seorang lelaki berusia 70 tahun dan wanita berusia 53 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.

Seorang lagi yang cedera ialah seorang wanita yang memandu van berseorangan, hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.

Difahamkan, kesemua empat orang dalam Kelisa dari Kampung Simpang Tiga Beruas dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beruas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan rutin.

Kemalangan itu juga mengakibatkan kereta Kelisa tercampak ke tebing jalan sedalam kira-kira tiga meter.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba Akmal Azizi Elias, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi.

Jelasnya, seramai 13 anggota terdiri daripada tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dan selebihnya dari BBP Parit bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI