fbpx

YGMB bantu guru terjejas banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Munadi (kanan) bersama Rozaimi menyampaikan sumbangan bantuan Khairat Kematian kepada Mohd. Azizan di JPN Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) meminta ahlinya yang terjejas akibat banjir di seluruh negara ketika ini tampil membuat laporan bagi membolehkan bantuan bencana alam itu disalurkan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, yayasan tersebut dalam proses mengumpul data semua guru terlibat termasuk di Kelantan dan Terengganu.

“Dalam masa terdekat YGMB menyusun majlis penyerahan bantuan banjir di Terengganu dan Kelantan serta banjir yang sedang berlaku di Johor ketika ini.

“Jadi, kita menyeru kepada guru yang terjejas akibat banjir ketika ini menuntut manfaat bagi membolehkan kita membuat bayaran untuk meringankan beban mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada seorang waris guru yang meninggal dunia akibat kanser payudara berjumlah RM27,009.86 di bawah Skim 18 ditawarkan YGMB.

Waris tersebut, Azizan Said, 53, yang bekerja sendiri sebagai tukang besi merupakan suami kepada seorang guru Bahasa Inggeris, Norita Mohd Yatim, 49, yang meninggal dunia pada September tahun lepas.

Pada majlis itu, Azizan menerima sumbangan tersebut yang disampaikan Pengarah Pendidikan negeri, Rozaini Ahmad.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI