fbpx

Warga Thailand hilang ketika seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang dikatakan hilang semasa menyeberangi Sungai Golok di Kampung Bendang Besar dekat Tanah Merah, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Seorang lelaki warganegara Thailand hilang selepas dikhuatiri lemas semasa menyeberang Sungai Golok di Kampung Bendang Besar, Pengkalan Jagung di sini, kelmarin.

Mangsa, Othman Sapie, 59, disedari hilang oleh ahli keluarganya selepas mendapati dia tidak pulang-pulang ke rumah di Golok, Thailand, sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Disagar Mani Mustafa berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada polis mengenai kehilangan seorang lelaki selepas menerima laporan keluarga mangsa.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.33 pagi tadi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai lemas di Sungai Golok.

“Seramai 18 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk SAR mangsa. Operasi turut melibatkan anggota dari balai Pengkalan Chepa, Pengkalan Kubor dan Tumpat.

“Berdasarkan maklumat keluarga lelaki itu, mangsa dipercayai cuba menyeberang Sungai Golok dari sempadan Malaysia ke Thailand untuk pulang ke rumahnya kira-kira pukul 1 pagi kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Menurut Disagar Mani, setakat ini, mangsa gagal ditemui dan SAR masih diteruskan di kawasan Sungai Golok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI