RASA sejuk tengok penampilan Iqram Dinzly ketika dia menghadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Iqram dilihat berjubah berwarna putih lengkap berserban.
Kata Iqram, dia bersyukur dan berbesar hati apabila dilayan dengan baik selain diberi rezeki untuk berhimpun dengan barisan para ulama dan ilmuan tinggi dalam bidang agama.
Kalau sebelum ini, Iqram sering dikecam kerana pernah beberapa kali tampil dengan kelakuan aneh macam orang tak betul, tapi kali ini penampilannya yang ‘bersih’ amat dipuji peminatnya.
Lagi pun Iqram baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa kagum mereka terhadap perubahan pelakon itu dan berharap agar dia terus istiqamah.
“Berkumpul dengan para ulama macam ni orang nak. Beruntung Iqram Dinzly,” ujar seorang pengikutnya
“Ustaz Wadi Annuar pernah kata, orang yang pergi majlis ilmu sebegini sebab Allah izinkan. Sama macam pergi menunaikan umrah atau haji. Rezeki dia,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
DIVA: Ramai peminat Blackpink melenting bila seorang pendakwah minta konsert artis K-pop itu dibatalkan.