fbpx

Ramai jadi pencinta haiwan sebab ‘trend’, malas jaga, buang merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamster yang ditinggalkan di merata-rata tempat tanpa pemilik. - Kelab Hamster Malaysia

PETALING JAYA – Setiap hari, pasti ada pengguna media sosial berkongsi kisah haiwan peliharaan seperti kucing serta anjing yang dijumpai ditinggalkan di tepi jalan atau dibuang merata-rata oleh pemiliknya disebabkan mereka tidak lagi mahu menjaga atas pelbagai alasan.

Terbaharu, menerusi hantaran di Kelab Hamster Malaysia, ramai penjaga dilihat membuang hamster mereka di lorong-lorong kedai selain bertindak meninggalkan haiwan berbulu itu sekitar kawasan pembuangan sampah.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter @Zukurinkachi meluahkan rasa geram dengan sikap sebahagian besar manusia yang seolah-olah sudah hilang rasa pertimbangan terhadap haiwan.

Katanya lagi, ramai yang berlagak seperti seorang pencinta haiwan disebabkan mahu mengikuti trend semasa.

“Not just (bukan sekadar) kucing sahaja, anjing, hamster, guinea pig, hedgehog, haiwan eksotik pun ada, banyak terlampau banyak.

“Bela sebab trend, dah tak nak jaga buang tepi jalan,” luahnya dengan kesal.

Menjengah ke ruangn komen, ada beberapa pengguna lain berkongsi pengalaman mereka ketika berjumoa dengan haiwan peliharaan yang dibiar tanpa kebajikan sewajarnya.

“Pernah jumpa kucing sampai kurus nampak tulang, dekat leher ada tali loceng, pastinya ada pemilik, tapi tak akan orang itu langsung tak peduli keadaan kucing dia, kalau hilang pun tak cari sampai jadi kurus dan sakit,” kata @Anjejali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI