fbpx

Plat VKJ dijangka jadi rebutan kerana isu panas KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada laman sosial rasmi JPJ mengenai tawaran bidaan awam untuk siri plat VKJ.

PUTRAJAYA – Meskipun siri huruf semasa bagi semua kenderaan darat bermotor di Kuala Lumpur baru memasuki VKC, namun ramai dilihat sudah memberi fokus kepada plat VKJ.

Ramai yang menyatakan keterujaan kerana kombinasi tiga huruf rumi berkenaan seumpama merujuk kepada nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga lazim disapa sebagai KJ.

Secara kebetulan, tawaran tersebut mula dibuka JPJ pada 26 Januari lalu, sehari sebelum Majlis Kerja Tertinggi UMNO bertindak memecat beliau daripada keahlian parti berkenaan.

Berdasarkan hantaran agensi itu, tawaran bidaan awam secara elektronik bermula pada tarikh tersebut hingga 30 Januari, manakala keputusan pemenang diumumkan keesokan harinya.

Notis berkenaan turut tular diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial dengan ada berjenaka seolah-olah JPJ seperti tahu pula KJ akan dipecat oleh kepimpinan UMNO.

Tidak kurang juga netizen menyifatkan gabungan tiga huruf itu memberi maksud Viva KJ yang merujuk ungkapan popular bahasa Itali dan Sepanyol bererti semoga panjang umur.

Kebetulan pula, Khairy yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO dari 2009 sehingga 2018 itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-47 pada 10 Januari lepas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI