fbpx

‘Perang’ Fatin Afeefa, Adam Shahz tidak mudah berkesudahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCERAIAN selama enam tahun bukan penamat perseteruan Fatin Afeefa dan Adfam Shahz.

PERSETERUAN antara pelakon Fatin Afeefa bersama bekas suaminya, Adam Shahz masih panas walaupun sudah enam tahun tidak lagi bergelar suami isteri.

Tidak habis dengan saling memburukkan dan menyindir dalam media sosial, kemuncaknya, Adam memfailkan kes ke atas Fatin untuk menuntut haknya sebagai bapa apabila mendakwa dihalang daripada berjumpa dengan anaknya, Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu.

Kes yang difailkan pada Disember tahun lalu itu bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan, namun Adam mempertahan prinsip mahukan haknya sebagai bapa untuk bertemu dengan anaknya walaupun tidak mendapat hak penjagaan ke atas kanak-kanak itu.

BERASAKAN haknya sebagai bapa dinafikan tanpa toleransi oleh Fatin, Adam nekad mahu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan kebenaran bertemu dengan anaknya.

Prosiding perbicaraan kali pertama yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis lalu berhubung hak penjagaan ke atas Ivy bagaimanapun gagal mencapai kesepakatan bersama menerusi majlis sulh yang dibuat.

Tanpa didedahkan punca kegagalan tersebut, kes berlanjutan apabila mahkamah menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk dibawa di hadapan hakim.
Fatin yang turut hadir ke mahkamah sambil ditemani suami baharunya, Aliff Awang bagaimanapun enggan ditemu bual wartawan dan meminta peguamnya untuk memberikan kenyataan.

“Anak guam memberi kerjasama yang baik. Kami juga menghormati proses mahkamah, jadi pada 28 Februari nanti anak guam akan jawab saman (tuntutan hak penjagaan anak),” kata peguam mewakili Fatin Afeefa, Ahmad Hazieq Roshali.

SUDAHlaH nombor telefon disekat bekas isteri dan ibu mentua, Adam juga tidak tahu di mana keberadaan anaknya, Ivy ketika ini.

Sementara itu, Adam ketika ditemui Pose seusai prosiding majlis sulh berkata, dia hanya menunggu keputusan mahkamah selepas ini.

Dengan tegas, pelakon Juvana itu tekad tidak akan berdiam diri dan berjuang sehabis baik untuk menuntut keadilan haknya sebagai bapa.

“Saya tidak ada tuntut apa-apa pun. Kalau tidak dapat tuntut hak penjagaan anak, sekurang-kurangnya beri hak untuk melawat.

“Insya-Allah mungkin saya akan melantik peguam. Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya. Saya akan berjuang berhabis-habisan,” ujarnya.

Tambah Adam, sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan anaknya dan tiada cara lain untuk berjumpa dengannya melainkan mengheret kes tersebut ke mahkamah.

Lebih merisaukan, Adam mendakwa tidak tahu di mana keberadaan anaknya selepas Fatin dan bekas ibu mentuanya menyekat nombor telefonnya.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka.

“Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” katanya.

Atas apa yang berlaku, sebagai seorang bapa, Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, berasa sedikit kesal apabila haknya dinafikan apatah langsung tidak boleh berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.

“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak,” katanya tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI