fbpx

Penjaga gol legenda India puji aksi Hafizuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESTASI cemerlang penjaga gol hoki Malaysia, Hafizuddin mendapat pujian melangit daripada penjaga gol berpengalaman India, Sreejesh pada Piala Dunia Hoki 2023.

ROURKELA – Penjaga gol berpengalaman India, P.R. Sreejesh percaya Malaysia tidak perlu bimbang untuk mencari pengganti kepada S. Kumar melihat kepada prestasi Muhammad Hafizuddin Othman pada Piala Dunia Hoki 2023.

Sreejesh, 35, yang mempunyai 280 kaps antarabangsa bersama India, kagum melihat peningkatan prestasi ditunjukkan penjaga gawang utama skuad hoki negara itu dalam setiap perlawanan pada edisi ini.

Justeru, penjaga gol terbaik dunia 2021 itu merasakan masalah Malaysia sudah selesai selepas Kumar bersara tiga tahun lalu untuk memberikan fokus kepada tanggungjawabnya sebagai jurulatih penjaga gol kebangsaan.

“Saya pernah dengar sebelum ini Malaysia ada isu penjaga gol tetapi sekarang tidak lagi di bawah Kumar. Anda boleh penjaga gol mereka (Hafizuddin) bermain dengan baik di sini.

“Prestasi penjaga gol mereka (Hafizuddin) nampak banyak meningkat berbanding di kejohanan-kejohanan lalu seperti Piala Asia atau Trofi Juara-Juara Asia.

“Itulah sebabnya apabila penjaga gol berpengalaman seperti Kumar menyertai pasukan (barisan kejurulatihan). Ia memberi nilai tambah kepada Malaysia yang mempunyai adunan pemain muda dan berpengalaman,” katanya.

Sreejesh juga berharap dapat bertemu Malaysia pada Sukan Asia di Hangzhou, China pada September depan bagi menebus kekecewaan tewas di tangan skuad negara sewaktu separuh akhir Sukan Asia Jakarta 2018.

Sebagai rekod, Sreejesh begitu popular dan sudah dianggap le­genda di India selepas Atlet Sukan Terbaik Dunia 2022 itu membantu negara tersebut me­raih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI