fbpx

Papan tanda usang bikin pemandu sesat jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN papan tanda jalan di Jalan Tanjong Sepat - Banting yang dalam keadaan usang.

KUALA LANGAT – Ketiadaan penyelenggaran selain papan tanda jalan yang sudah usang dan lusuh menyebabkan pe­ngunjung yang melalui Jalan Tanjong Sepat – Banting di sini untuk bercuti di Pantai Morib kerap tersesat jalan.

Situasi itu sekali gus me­nimbulkan rasa kurang senang terutama dalam kalangan pe­ngunjung luar yang datang ke destinasi pelancongan popular di kawasan itu.

Seorang pengunjung, Zamri Daud, 52, berkata, dia agak kecewa dengan sikap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlepas pandang dalam penyelenggaraan berkala pada papan tanda jalan tersebut.

Katanya, papan tanda jalan amat penting khususnya bagi penduduk dari luar daerah ini bagi mengetahui sesuatu jalan.

“Akibatnya, saya sendiri tersalah masuk lorong ke kampung berdekatan sehingga terpaksa berpusing bagi mencari Pantai Morib.

“Kegunaan papan tanda bagi memaklumkan sesuatu lokasi, namun kalau sudah terlindung oleh dahan pokok bagaimana hendak tahu atau cari arah. Memang amat mengecewakan,” katanya ketika ditemui di Pantai Morib di sini, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Aziz Syukor, 40, memberitahu, isu papan tanda jalan yang sudah usang sehingga tulisannya ‘hilang’ juga antara masalah yang se­ring dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

“Perkara ini memang merumitkan terutama apabila waktu malam. Rungutan bukan sahaja diterima daripada pihak luar malah penduduk sekitar daerah ini sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI