fbpx

Nama Siti Nurhaliza sohor sebab Munbe Vaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu Munbe Vaa di konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

PETALING JAYA – Nama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi sohor di Twitter apabila berjaya memukau hampir 60,000 penonton ketika menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.

Nyanyian itu disempurnakan beliau pada konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi berada pada kedudukan ketujuh dengan #Siti Nurhaliza, manakala #ARRahman di tangga kesembilan carta sohor di Malaysia.

Pada malam konsert tersebut, TokTi sekali lagi menjadi bualan setelah menerima tepukan berdiri (standing ovation) daripada hampir kesemua penonton yang hadir di stadium selepas selesai menyanyikan lagu ciptaan pemuzik legenda A. R Rahman itu.

Penyanyi A. R Rahman turut memuji kemerduan suara TokTi membawa lagu itu dengan cara tersendiri.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai berkongsi rakaman persembahan TokTi dan jelas kedengaran bunyi bergema dengan jeritan peminat sebaik sahaja penyanyi wanita itu tampil di atas pentas.

Pada masa sama, TokTi sempat meluahkan rasa gembira apabila dijemput untuk berkongsi pentas dengan A. R Rahman.

“Saya berbangga dapat menyanyi bersama penyanyi legenda. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI