fbpx

Kongsi video perkahwinan, Nad Zainal, Ungku Ismail telah bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video perkahwinan yang dikongsikan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail dalam Instagram.

PETALING JAYA – Perkongsian terbaharu pelakon Nad Zainal dalam Instagram miliknya pagi ini mengundang teka-teki selepas dipercayai telah pun selamat bernikah bersama kekasihnya, juga pelakon, Ungku Ismail Aziz.

Menerusi hantaran berbentuk video yang dikongsikan, kelihatan sepasang pengantin sedang berpimpin tangan menaiki tangga masjid.

Biarpun tidak mendedahkan wajah, dipercayai kedua-dua pengantin ialah Nad Zainal dan Ungku Ismail.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila kapsyen video tersebut tertera tarikh 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab seolah-olah memberi bayangan tarikh pasangan itu telah diijabkabulkan.

Malah dalam ruangan komen juga, ramai golongan selebriti dan rakan artis meninggalkan komen berupa ucapan tahniah kepada Nad Zainal selain berkongsi kegembiraan pasangan terbabit.

“Alhamdulillah. Saya gembira untuk kamu berdua,” kata pelakon Ummi Nazeera.

“Tahniah Nanad (panggilan Nad Zainal),” ucap selebriti Rozita Che Wan.

“Alhamdulillah,” komen pelakon dan juga penyanyi Bella Astillah.

Sementara itu usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kepastian daripada pelakon drama Cina Buta itu tidak berjaya apabila Nad gagal untuk dihubungi.

Menjengah laman Instagram milik Ungku, pelakon tampan itu turut berkongsi hantaran serupa.

Minggu lalu, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi satu hantaran tentang pengalamannya memberi barangan kemas.

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dirinya sedang membeli ‘sesuatu’ untuk majlis istimewanya bersama Ungku Ismail.

Keintiman pasangan pelakon itu bukan lagi rahsia selepas Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang aktres berusia 33 tahun itu berada dalam situasi kesihatan yang kritikal akibat masalah paru-paru pada November lalu.

Lebih sebulan dalam pemantauan pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU), bintang Teman Lelaki Upahan itu turut diberi tanggungjawab oleh keluarga Nad untuk berkongsi perkembangan kesihatannya.

Malah, Nad menerusi satu perkongsian pada 18 Januari lalu telah meluahkan rasa sayang cintanya terhadap Ungku Ismail apabila mahu kekal selama-lamanya dengan lelaki itu.

“Kita akan ‘stay forever and ever’ (kekal selama-lamanya). ‘I love you’ (saya cintakan kamu). Tamat,” tulis Nad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI