fbpx

Jangan pernah berhenti sokong skuad Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJMI berharap para peminat sukan tanah air dapat terus memberikan sokongan kepada skuad hoki negara pada masa depan.

ROURKELA – Keputusan buruk ketika tewas mengejut 4-6 kepada Afrika Selatan tiga hari lalu bukan mencerminkan keseluruhan prestasi Malaysia yang sebenarnya agak cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia Hoki 2023.

Kedudukan ke-13 atau 15 tidak membawa apa-apa makna buat skuad hoki negara kerana impian mereka sudah berkecai gara-gara tidak bernasib baik gagal ke suku akhir setelah tewas penalti shoot-out kepada Sepanyol.

Justeru, tonggak pertahanan Malaysia, Muhammad Najmi Farizal Jazlan berharap para peminat sukan tanah air dapat terus memberikan sokongan kepada mereka sama ketika menewaskan Chile dan New Zealand sebelum ini.

“Bangkitkan aura Speedy Tigers supaya seluruh Malaysia dapat melihatnya. Kalau boleh ia kekal, bukannya habis apabila Piala Dunia tamat dan kembali semula apabila ada kejohanan lain.

“Mungkin generasi muda boleh jadikan kebaikan kami di sini sebagai sumber inspirasi mereka. Lebih-lebih lagi apabila Piala Dunia Hoki Remaja di Kuala Lumpur pada Disember nanti,” katanya.

Najmi bukan sahaja watak penting dalam skuad negara, malah pernah dilantik sebagai ketua pasukan ketika menjulang trofi pertama Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak hujung tahun lepas.

Pemain berusia 27 tahun dengan 107 kaps antarabangsa itu beraksi cemerlang walaupun tewas 0-4 kepada Belanda sebelum menang 3-2 ke atas Chile dan New Zealand dalam dua aksi terakhir Kumpulan C.

Bagaimanapun, Najmi gagal membantu Malaysia layak ke suku akhir apabila tewas pe­nalti shoot-out 3-4 kepada Sepanyol di cross over walaupun bangkit pada lewat permai­nan untuk mengikat kedudukan 2-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI