fbpx

Ikan peliharaan buat pembelian online, dedah kad kredit pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergerakan ikan itu dirakam menggunakan kamera web. - Mutekimaru Channel/YouTube

TOKYO – Seekor ikan peliharaan di Jepun membuat pembelian online dan berkongsi maklumat kad kredit pemiliknya semasa bermain permainan video, lapor akhbar New York Post.

Pesohor YouTube Jepun, Mutekimaru atau maurice telah mencipta saluran yang menampilkan ikan laga Siamnya bermain permainan video Pokemon pada konsol permainan Nintendo Switch.

Bagaimanapun, satu kerosakan berlaku semasa permainan baru-baru ini yang menyebabkan peranti itu memaparkan skrin utama. 

Pergerakan ikan itu kemudian menyebabkan ia membuka laman Nintendo eShop pada skrin dan membelanjakan wang Maurice sebanyak AS$4 (RM16) untuk membeli mata permainan.

Ikan  itu turut mendedahkan maklumat kad kredit pemiliknya semasa penstriman langsung.

Bukan itu sahaja, ia malah memuat turun aplikasi, membelanjakan wang ganjaran untuk watak baharu dan meminta syarikat pembayaran dalam talian, PayPal untuk e-mel pengesahan.

Ikan kecil itu juga berjaya menukar nama akaun Maurice daripada ‘Mutekimaru’ kepada ‘ROWAWAWAWA’. 

Maurice melakukan demikian dengan memetakan dan melengkapkan akuarium yang  menempatkan ikan itu dengan sensor pergerakan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI