fbpx

Hot FM lamar KJ jadi penyampai radio bersama Johan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi dilamar oleh sebuah stesen radio Hot FM sebagai gandingan baharu bersama Johan, Farah Fauzana serta AG Azmeer dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat.

Hot FM menerusi surat terbuka yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan bekas Menteri Kesihatan itu jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

Surat tawaran Hot FM kepada Khairy Jamaluddin.

“Salam tuan KJ (Khairy Jamaluddin), apa kata cuba bidang baharu sebagai penyampai di Hot FM bersama Johan, Fafau (Farah Fauzana) dan AG di Bekpes Hot? On ke tak on?,” tulis Hot FM di ruangan kapsyen.

Terdahulu, selepas Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai salah satu nama yang dipecat daripada UMNO, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pantas ‘meminang’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)

Tawaran itu dibuat oleh pemilik JDT sendiri di laman Story Instagram miliknya.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas diberikan oleh Khairy Jamaluddin berhubung kedua-dua tawaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI