fbpx

Hamparan salji litupi gurun tandus Algeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG bapa dan anaknya bermain gelongsor salji di bandar Cheria, Algeria pada 23 Januari lalu. - Foto Anadolu Agency

ALGIERS – Algeria menyaksikan fenomena salji yang jarang berlaku, turun pada minggu ini di beberapa kawasan padang pasir di barat daya negara berkenaan, lapor portal berita Middle East Monitor.

Imej yang disiarkan oleh pihak berkuasa wilayah Bechar di laman Facebook menunjukkan bandar Beni Ounif diseliputi warna putih selepas bukit-bukit pasir diliputi salji.

Ia adalah salji lebat pertama melanda kawasan itu sejak tahun 2012, manakala penduduk tempatan yang gembira telah berkongsi gambar dan klip video mereka sendiri di media sosial.

Pejabat Meteorologi yang dikendalikan oleh kerajaan mengeluarkan amaran pada pagi Isnin lalu mengenai salji lebat di Bechar. Kawasan itu terletak pada ketinggian antara 800 meter hingga 1,000 meter dari paras laut.

Kawasan utara Algeria telah mengalami salji dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu sehingga menjejaskan trafik di jalan raya, manakala kelewatan jadual penerbangan turut berlaku.

Sebelum ini, negara beriklim panas itu menghadapi kemarau sekurang-kurangnya selama tiga tahun sehingga menyebabkan paras air dalam takungan menurun secara mendadak dan rizab air bawah tanah juga terjejas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI