fbpx

Fizo Omar tambah anak lagi, isteri hamil lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO Omar bakal menimang anak kedua hasil perkahwinan bersama isterinya, Fazeera Nazri.

PETALING JAYA – Tidak sampai setahun menimang anak sulung menerusi perkahwinan keduanya, pelakon Fizo Omar bakal memiliki seorang lagi cahaya mata apabila isterinya, Fazeera Nazri sedang hamil lima bulan.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo menerusi sebuah hantaran video dalam Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 37, dilihat sedang memeriksa perut anak sulungnya, Wan Khaleeda yang diperoleh hasil perkahwinan kali kedua bersama Fazeera kerana kembung angin.

Fazeera yang tiba-tiba datang kemudiannya memberitahu perutnya juga berasa tidak selesa.

“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” ujar Fazeera.

Mendengar rungutan manja isterinya, Fizo terus memeriksa perut wanita itu dan terkejut kerana berlaku pergerakan (menendang).

“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” seloroh Fizo sambil ketawa bersama isterinya.

Menerusi video itu juga Fizo memaklumkan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Mawar Karim, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.

Dalam ruangan komen, berita tentang kehamilan Fazeera turut mendapat perhatian rakan artis apabila meninggalkan ucapan tahniah kepadanya.

“Alhamdulillah. Tahniah!” ucap pelakon Yana Samsudin.

“Alhamdulillah. Seronoknya,” kata pelakon dan penyampai radio Siti Elizad.

“Wow! Tahniah,” ujar pelakon Mona Allen.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI