fbpx

CBP, PR1MA bantu golongan pertengahan miliki rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) telah bekerja sama dengan PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan untuk memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, menerusi skim tersebut,  pembeli rumah PR1MA mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus termasuklah kos guaman dan takaful daripada CBP di seluruh negara.

“Menerusi skim ini juga, pembeli rumah PR1MA juga tidak perlu membayar wang pendahuluan. 

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pertukaran dokumen persetujuan kerjasama strategik Skim Rumah CBP MyPR1MA yang disaksikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Khairul Anuar menerangkan, skim itu menawarkan kadar keuntungan yang sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran.

Selain itu, tambah beliau, prestasi perniagaan CBP pada tahun lalu sangat menggalakkan melalui prestasi kedudukan asetnya telah melebihi RM7 billion yang mana ia merupakan jumlah tertinggi pernah dicatat dalam sejarah penubuhannya. 

“CBP juga sedang membuka langganan syer anggota bagi tambahan syer serta anggota baharu di seluruh cawangan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI