fbpx

Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi buat julung kali ke Singapura esok bagi bertemu para pemimpin republik tersebut.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kunjungan sulung Anwar itu setelah dilantik menyandang jawatan Perdana Menteri adalah di atas jemputan Perdana Menteri Singapura, Datuk Lee Hsien Loong.

“Turut serta dalam delegasi itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd, Kadir dan beberapa menteri yang lain,” katanya.

Mereka terdiri daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta para pegawai kerajaan dan agensi berkaitan.

Tambah kenyataan itu, Anwar akan berjumpa Presiden Singapura, Dr. Halimah Yacob selain hadir menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman.

Ia melibatkan usaha mempromosikan kerjasama keselamatan data, keselamatan siber dan ekonomi digital serta dua kerangka kerjasama ekonomi digital dan ekonomi hijau.

“Perdana Menteri turut akan mengadakan sesi pertemuan khas dan beramah mesra dengan komuniti diaspora Malaysia menetap di seluruh Singapura,” kata Wisma Putra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI