fbpx

24 maut bas jatuh ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh agensi berita GP Canal memaparkan kemalangan sebuah bas di wilayah Piura, utara Lima. - AFP

LIMA, Peru – Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban apabila sebuah bas membawa seramai 60 penumpang terjunam dari sebuah tebing ke dalam gaung di barat laut Peru, kata polis.

Bas milik syarikat Qorianka Tours itu dalam perjalanan dari Lima ke Tumbes yang terletak di sempadan Ecuador, sebelum terbabas di sebatang  jalan dekat bandar Organos.

Polis di lokasi kejadian memberitahu media tempatan bahawa kemalangan itu berlaku di lokasi berbahaya dikenali sebagai ‘Devil’s Curve’, tetapi punca nahas masih dalam siasatan.

Sejumlah penumpang yang cedera dibawa ke hospital di El Alto dan Mancora iaitu  lokasi peranginan yang terletak kira-kira 1,000 kilometer  ke utara Lima.

Sebilangan penumpang bas terbabit dilaporkan berasal dari Haiti, tambah polis.

Bilangan pendatang asing Haiti di Peru telah meningkat, walaupun keadaan mangsa dari negara tersebut tidak jelas.

Beberapa penumpang dilaporkan tercampak dari bas, manakala ada yang terperangkap di dalam kenderaan itu semasa kejadian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI