MELBOURNE – Jaguh Greecem Stefanos Tsitsipas meraih satu lagi peluang untuk menjulang gelaran Grand Slam selepas mara ke pentas final Terbuka Australia dengan menewaskan bintang Rusia, Karen Khachanov pada aksi separuh akhir semalam.
Tsitsipas, 24, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan berjaya meraih kemenangan 7-6 (7-2) 6-4 6-7 (6-8) 6-3 ke atas Khachanov, sekali gus satu lagi final major dalam kariernya.
Sebelum ini, Tsitsipas tewas kepada Novak Djokovic pada final Terbuka Perancis 2021 dan mungkin berpeluang untuk membalas dendam kekalahan tersebut.
Terdahulu, Tsitsipas yang akan menjadi pemain nombor satu dunia jika memenangi kejuaraan bernasib baik apabila menempah final selepas berjaya menyelamatkan dua mata pada tie-break ketika set ketiga.
Malah, satu pukulan depan yang rapat menyaksikan Tsitsipas hampir hilang peluang ketiga pada perlawanan akhir sebelum dia kembali tenang untuk menukar gaya permainan ke atas Khachanov.
Ditanya tentang apa yang dia fikirkan apabila aksi itu memasuki set keempat, Tsitsipas berkata, dia hanya memikirkan betapa kerasnya dia bekerja untuk mencapai kedudukan pada tahap itu.
“Tetapi jika anda bertahan, lebih mendedikasikan diri dan tumpukan lebih banyak perhatian pada saat-saat penting yang akan membuahkan hasil.
“Berasal dari sebuah negara kecil seperti Greece, saya berasa sangat bersyukur apabila mendapat sokongan seperti ini.
“Saya tidak pernah menyangka saya akan dilayan sebegitu baik di sini, jadi saya amat gembira berada di final sekarang,” kata Tsitsipas. – AGENSI