fbpx

Terbuka Australia: Aryna Sabalenka julang Grand Slam pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aryna Sabalenka menewaskan Elena Rybakina dalam tempoh lebih dua jam sebelum menjulang trofi Grand Slam pertama peribadinya. - Foto ihsan Twitter Australia Open

MELBOURNE – Pemain pilihan kelima, Aryna Sabalenka menepati ramalan apabila menjuarai trofi Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menewaskan Elena Rybakina di pentas final Terbuka Australia hari ini.

Pemain kelahiran Belarus itu mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Rybakina yang juga juara Kejuaraan Wimbledon dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-4 dalam tempoh 2 jam 28 minit.

“Ini adalah detik yang cukup mendebarkan dan saya seperti tidak percaya dapat menjulang trofi Grand Slam pertama dalam karier,” kata Sabalenka yang kini berusia 25 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN