fbpx

Polis cari lelaki belasah wanita guna topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki memarahi dan memukul seorang wanita menggunakan topi keledar yang dipercayai berlaku di Paloh 2, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki yang memukul seorang wanita menggunakan topi keledar yang didakwa berlaku di Paloh 2 di sini apabila video insiden tersebut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, bagaimanapun, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2 di sini.

“Kita sedang menjalankan siasatan mengenai video berkenaan. Tarikh dan masa kejadian masih belum tidak dapat dikenal pasti.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di di Facebook dan TikTok.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal kemarahan dengan menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar.

Mangsa berkenaan dilihat hanya menahan kesakitan dan tidak melawan sehingga rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu garang dan sanggup ‘naik tangan’.

Individu yang merakam kejadian itu turut dikecam kerana tidak membantu wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI