fbpx

Perkongsian maklumat di aplikasi Waze halang penguatkuasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (kiri) ketika mengadakan lawatan di booth pameran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada program High Profile Policing sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Perkongsian maklumat orang ramai serta pengguna jalan raya mengenai sekatan jalan raya atau keberadaan polis melalui aplikasi Waze menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu ingkar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pengguna jalan raya harus sedar bahaya yang akan dihadapi disebabkan kecuaian daripada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk,melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan lain-lain.

“Jika kita tidak pernah berhadapan dengan insiden di mana kita sendiri atau dikalangan orang tersayang menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu, kita akan berasa hak berkongsi tersebut hanyalah untuk memastikan yang semua pemandu mematuhi peraturan jalan raya.

“Oleh itu, besar harapan saya agar orang ramai terutamanya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program High Profile Policing di sini malam ini.

Katanya, perkara tersebut baru-baru ini tular di media sosial berhubung penggunaan aplikasi Waze di mana polis Kuala Lumpur telah menasihatkan orang ramai agar memberi kerjasama untuk tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya atau kehadiran polis di aplikasi berkenaan.

“Walaubagaimanapun, nasihat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari sebilangan masyarakat.

“Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih berhati-hati dan cenderung untuk memandu dalam keadaan berhati-hati serta sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI