fbpx

Penyertaan KJ dan yang lain ke dalam Bersatu boleh diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

MUAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk memperhalusi penyertaan daripada beberapa bekas pemimpin tertinggi UMNO yang digugurkan sekiranya mereka berminat.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan seumpama itu kebiasaannya akan dipertimbangkan terlebih dahulu mengikut perlembagaan parti termasuklah mengadakan perbincangan diantara mereka.

“Dasar keahlian Bersatu sejak dulu mengikut perlembagaan terbuka kepada Melayu Bumiputera. Kalau ahli biasa boleh buat permohonan seperti biasa.

“Kalau melibatkan pemimpin parti, kita bawa kepada Majlis tertinggi, kita akan bincang dan pertimbangkan, kalau mereka mohon dan jika sesuai parti akan buat keputusan,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan pagoh di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyifatkan bekas Menteri Kesihatan itu sebagai seorang pemimpin yang berkaliber

“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka, tetapi tidak mengapa semua ini saya kenal, jadi terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai.

“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika beliau bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik dia jadi Menteri walaupun parti tidak menamakan dia dulu, jadi kita kenal dia bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.

“Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu) , dia boleh buat permohonan berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI