fbpx

Pengguna merungut penjaja berniaga di hentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di akaun Twitter @harriszainul semalam

PETALING JAYA – Tindakan golongan penjaja membuka kenderaan saji (food truck) sehingga mengganggu lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur mengundang rungutan orang ramai.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di akaun @harriszainul, kelihatan peniaga tersebut membuka ‘food truck’ di kawasan yang tidak sepatutnya iaitu di lintasan pejalan kaki.

Lebih teruk lagi, peniaga berkenaan pernah menjual makanan di bawah hentian bas sehingga penumpang perlu diturunkan di tengah jalan.

“Bukan ingin tabur pasir kat periuk nasi orang, tapi kalau nak berniaga tu pun tengoklah tempat.

“Gambar terakhir paling best, dia berniaga dalam perhentian bas, jadi bas pun terpaksa berhenti tengah jalan untuk turunkan penumpang,” ciapnya.

Tambahnya lagi, dia sudah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu, namun masih tiada tindakan sehingga kini.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang memberi reaksi negatif kepada peniaga tersebut kerana dianggap telah merampas ‘hak’ pengguna lain.

“Masalah orang kita macam ni lah. Dalam berniaga pun masih nak ambil hak orang lain seperti (perhentian bas atau kawasan pejalan kaki),” keluh seorang pengguna.

“Kadang yang berniaga tepi jalan ini, asal boleh sahaja. Janji boleh buat duit. Kadang-kadang sesuka hati sahaja berniaga di laluan kaki lima. Nak berniaga, bukalah payung khemah dan sewa tapak sendiri beserta lesen,” ciap pengguna yang lain pula.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 2,371 perkongsian dan 2,362 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI