fbpx

Pecat orang tidak sependapat cara mudah seseorang kekal berkuasa – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – Memecat orang yang tidak bersependapat adalah cara paling mudah untuk seseorang kekal berkuasa kata Bekas Setiasuaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata tindakan UMNO melakukan pemecatan dan penggantungan terhadap kepimpinan serta ahli parti semalam dilihat tidak mampu membersihkan kotoran yang ada di dalam parti itu sendiri.

” ‘Pembersihan’ yang mereka lakukan akan hanya menghasilkan lebih banyak kotoran kerana punca sebenar kotoran kekal berpaut dalam parti.

“Mereka bangga memonopoli kuasa dalam parti, menunggang parti berasaskan neratif palsu yang mereka reka sendiri.

“Biarpun parti semakin hancur akibat kerja dan tunggangan mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Bekas Ahli Perlimen Ketereh itu juga berkata, individu yang bercakap benar bagi menegakkan kebenaran adalah sesuatu yang boleh mengudang kepada pemecatan diantara ahlinya sendiri.

“Percayalah, berkata benar itu mahal harganya dan ingatlah, jika pun mereka kini berkuasa masih ada yang lebih tinggi kuasanya.

“Parti itu ciptaan kita manusia,ia hanya alat untuk berjuang dan ia bukan satu matlamat. Jika baik pimpinannya, maka betul dan baiklah perjuangannya,” ujarnya.

Semalam, pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dilucutkan keahlian daripada parti tersebut.

Manakala, Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang digantung keahlian selama enam tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI