fbpx

Muka peserta lawan tampar bengkak teruk selepas bertahan 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka Sorin kelihatan bengkak teruk akibat ditampar. - RXF.TV

BUCHAREST, Romania – Seorang lelaki mengalami kecederaan dan bengkak pada mukanya selepas mengambil bahagian dalam kejohanan tampar di Romania, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Lawan tampar adalah kegilaan sukan terbaharu yang popular di internet di mana dua pesaing akan bergilir-gilir memukul pipi pihak lawan. 

Kesan menyertai kejohanan itu boleh menjadi teruk kerana had yang ditetapkan hanyalah seberapa lama peserta boleh menahan tamparan pada muka mereka.

Dalam sebuah klip video yang tular dari Kejohanan Pertarungan Tampar RXF, muka seorang peserta kelihatan bengkak teruk akibat bertahan lama ketika perlawanan.

Dalam klip video tersebut, bahagian kiri wajah Comsa Sorin kelihatan bengkak dan berlumuran darah selepas 30 minit menahan tamparan daripada lawannya.

Muka Sorin rosak teruk ketika meneruskan 10 pusingan semasa perlawanan. Dia bagaimanapun menjadi pemenang dalam kejohanan itu dan memenangi hadiah utama bernilai €5,000 (RM23,073).

Perlawanan itu menimbulkan kontroversi dalam talian apabila netizen menyuarakan kebimbangan mereka.

“Bagaimana ini adil? Seorang lagi jauh lebih besar. Bukankah ia sepatutnya lebih dikawal dengan mengira berat atau sesuatu,” komen seorang netizen.

“Masih cuba berfikir bagaimana ia dianggap sukan dan mereka digelar ‘pejuang’,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI