fbpx

KJ kini Presiden Lumba Basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar telah menukar bio akaun Twitter rasminya kepada Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan hari ini.

Perkara itu disedari oleh pengguna media sosial selepas Khairy menciap berkaitan pelucutan jawatannya oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi.

Sebelum ini di ruangan bio Twitternya beliau meletakkan jawatan yang disandangnya sebagai ahli UMNO.

Rata-rata pengguna Twitter di ruangan komen ciapan Khairy turut dilihat memberikan kata-kata positif serta mendoakan hala tujunya selepas ini.

Terdahulu, pada 19 September 2020, Khairy yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi tempoh dua tahun bermula 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI