fbpx

Kerajaan negeri diminta bertimbang rasa, pertimbang pandangan PH – Ahli Parlimen Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan penamanan Musang King di sekitar Sungai Chalit Raub yang terlibat dalam semakan kehakiman.

RAUB – Kerajaan negeri diminta bertimbang rasa terhadap nasib pekebun-pekebun durian musang king di Raub yang telah lama mengusahakan tanah berbanding pemberian pajakan kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources-Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (RPDR-PKPP).

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, semakan kehakiman masih diteruskan bagi menuntut keadilan dan membela hak pekebun selepas tanah yang diusahakan mereka itu dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

“Bagaimanapun atas semangat rundingan dan demi kebajikan rakyat, saya menyeru Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) yang mengetuai kerajaan perpaduan untuk mengkaji semula dasar pajakan tanah kepada pihak RPDR-PKPP.

“Beliau juga perlu mempertimbang pandangan Pakatan Harapan Pahang dalam menyelesaikan kemelut ini sebelum menyeru pekebun pertimbang semula tindakan semakan kehakiman,”katanya di sini hari ini.

Semalam Wan Rosdy dalam kenyataannya menasihatkan pekebun-pekebun durian musang king di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di dalam daerah Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah tanah Kerajaan Negeri yang merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal walaupun dalam konteks ekuiti.

Sebelum ini pada 3 Julai 2021 kawasan penanaman durian Musang King di Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar melibatkan kira-kira 15,000 pokok telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal.

Dalam pada itu beliau yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (Samka) menegaskan bahawa pekebun-pekebun musang king daerah Raub sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk menjalankan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencapai penyelesaian berbentuk menang-menang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI