fbpx

Bas tiba-tiba mengundur, tujuh penumpang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan bas yang terbabas selepas mengalami kegagalan brek ketika mendaki bukit di Jalan Kampung Baru Lanjut, Sepang malam tadi.

SEPANG – Pemandu sebuah bas bersama tujuh pekerja berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba mengundur ketika menaiki bukit sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

Dalam kejadian di Jalan Kampung Baru Lanjut di sini pada pukul 9.58 malam semalam, kesemua penumpang termasuk pemandu bas selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, bas pekerja itu mengalami kegagalan brek ketika menaiki bukit di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pulang pekerja ke rumah mereka di Sepang Lama.

“Ketika mendaki bukit, brek tidak berfungsi dengan baik menyebabkan bas gagal dikawal dan kenderaan itu mengundur sebelum terbabas,” katanya tadi.

Katanya, pemandu bas serta pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas kejadian.

Wan Kamarul Azran berkata, ketika kejadian, cuaca baik dan keadaan jalan lurus serta bentuk jalan mendaki bukit dan kering.

“Bas terbabit mengalami kerosakan cermin pandang belakang, bumper hadapan dan belakang serta kemek di bahagia kiri badan bas.

“Pemandu bas turut disaman mengikut kesalahan Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI