fbpx

Anwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi terhadap tindakan biadap Paludan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melancarkan Festival Seni Al-Quran Restu Global (RGQAF) iaitu pameran buku terbesar dunia (Haza Muhammad) di Kompleks Nasyrul Quran hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan operasi mencetak sejuta al-Quran dilakukan segera untuk diedarkan ke seluruh dunia sebagai reaksi balas kepada tindakan biadap membakar al-Quran di Sweden, baru-baru ini.

Menurutnya, proses cetakan sejuta al-Quran itu akan dilaksanakan oleh Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 di sini bermula hari ini.

“Dia (Rasmus Paludan) bakar satu al-Quran tapi Insya-Allah melalui Yayasan Restu kita akan berusaha secara berperingkat untuk mengeluarkan satu juta al-Quran

“Saya setuju bahawa cara paling berfaedah untuk menjawab kerja-kerja gila dan biadap ini adalah dengan meneruskan usaha yang sudah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat secara berperingkat untuk mencetak serta mengedar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.

“Itu jawapan terbaik bagi menghadapi kegilaan orang ini. Insya-Allah, al-Quran ini bukan sahaja diedar untuk bacaan tetapi dijadikan bahan untuk dihayati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat operasi pencetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran bersempena Festival Seni Al-Quran Restu Global.

Anwar berkata, Malaysia serta kerajaan Islam membantah keras kegilaan tersebut dan kerajaan Malaysia telah pun memanggil duta Sweden di Malaysia bagi menyampaikan suara bantahan rakyat Malaysia terhadap tindakan biadap itu.

Mengulas lanjut mengenai cetakan sejuta al-Quran itu, Anwar berkata, kos percetakan itu akan ditanggung oleh kerajaan serta sumbangan wakaf oleh orang awam dan kerajaan Malaysia akan menghubungi negara-negara Islam lain bagi menyelaras pengedaran al-Quran itu.

“Hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi melancarkan operasi pencetakan itu,” katanya.

Terdahulu, Anwar turut melancarkan Festival Seni Al-Quran Restu Global (RGQAF) iaitu pameran buku terbesar dunia (Haza Muhammad) dan Lembaran Bersejarah Yayasan Restu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI