PETALING JAYA – Wajah baharu Stadium Shah Alam membangkitkan keterujaan orang ramai khususnya penyokong Selangor.
Menerusi video ‘teaser’ yang dikongsikan di Twitter rasmi Menteri Besar Incorporated (MBI), Stadium Shah Alam itu bakal menjadi sebuah stadium bertaraf dunia yang mampu memuatkan 35,000 hingga 45,000 penonton.
Selain itu, stadium terbabit juga mempunyai papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.
Stadium itu turut dilengkapi kawalan kelembapan dalaman (indoor humidity control), ‘ETFE ceramic coating’ serta sistem penyejukan tempat duduk.
Menurut video itu juga, stadium terbabit juga boleh dijadikan tempat untuk sukan dan acara dalaman menerusi penggunaan ‘retractable pitch’.
Stadium baharu itu juga memberi fokus kepada kelestarian dan zon aktiviti gaya hidup sihat menerusi pembinaan taman permainan di sekitar stadium, kemudahan komuniti dan zon rekreasi hijau.
Terdahulu, Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated, Norita Mohd. Sidek mengesahkan Stadium Shah Alam yang menjadi lambang kemegahan pasukan bola sepak Selangor, sah akan dirobohkan dan bakal digantikan dengan stadium baharu yang dijangka siap menjelang 2026. – KOSMO! ONLINE
PART 2
Kami ‘tease’ korang sedikit tentang pembaharuan Stadium Shah Alam.
Nak tahu lebih lanjut? Kenalah datang tengok pameran di SACC Mall ni.
Memang padu lah transformasi Stadium Shah Alam ni! #MBISelangor#MemacuKehidupan#KitaSelangor#StadiumShahAlam#KompleksShahAlam pic.twitter.com/pJxgZgkpkV
— MBI Selangor (@MBISelangor) January 26, 2023