fbpx

Tiket Blackpink di KL paling mahal, cecah RM2,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blackpink

PETALING JAYA – Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink kesal dan kecewa dengan harga tiket yang dijual sempena konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur pada 4 Mac ini adalah antara yang termahal di dunia dalam konsert jelajah kumpulan itu.

Tinjauan Kosmo! di platform e-tiket mendapati harga satu tiket di Malaysia adalah paling mahal sehingga mencecah RM2,300.

Bukan itu sahaja, peminat juga menganggap harga yang ditawarkan tidak berbaloi sama sekali kerana tempat duduk penonton dikatakan jauh dari pentas utama serta ada yang menyamakannya seperti ‘harga yahudi’.

Beberapa pengguna Twitter baru-baru ini membandingkan harga tiket konsert Blackpink di Malaysia dengan negara lain yang menjadi lokasi pilihan jelajah dunia kumpulan popular tersebut.

Harga tiket konsert jelajah Blackpink di Kuala Lumpur lebih mahal berbanding negara lain.

Menurut perkongsian di media sosial, harga tiket konsert Blackpink di Seoul, Korea Selatan dalam linkungan RM500 RM900 iaitu lebih murah daripada harga di Malaysia.

Manakala di Abu Dhabi, Taiwan dan Thailand harga tiket paling mahal hanya sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sahaja.

Sebagai info, konsert tersebut akan menampilkan anggota Blackpink iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose.

Blackpink sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari tahun 2019 lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI