fbpx

Sultan Johor dipersembahkan cadangan projek tebatan banjir di 3 daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM menerima menghadap Nik Nazmi yang mempersembahkan cadangan projek tebatan banjir di negeri ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipersembahkan cadangan projek tebatan banjir melibatkan tiga daerah di negeri ini.

Projek tersebut membabitkan tiga daerah iaitu daerah Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Terdahulu, Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Projek tebatan banjir itu akan segera dilaksanakan dalam usaha mengurangkan risiko banjir yang sering melanda beberapa daerah di Johor.

Pada sesi menghadap itu, Nik Nazmi turut mempersembahkan situasi banjir di negeri ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI