fbpx

Ronaldo dihadiahkan jam tangan RM3.3 juta kerana berpindah ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo bergaya dengan jam tangan unik bernilai RM3.3 juta yang dipakai di pergelangan tangan kirinya baru-baru ini. - Jacob and Co/Instagram

LONDON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dianugerahkan seutas jam tangan unik bernilai £630,000 (RM3.3 juta) sebagai pengiktirafan atas perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyerang itu telah menyelesaikan perjanjian bernilai £175 juta (RM916 juta) setahun untuk berpindah ke Asia Barat bulan ini, dua bulan selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan selepas temu bual yang mengejutkan kelab itu dengan pengacara popular Britain, Piers Morgan.

Ronaldo, 37, dihadiahkan dengan jam tangan Jacob and Co yang bernilai tinggi untuk meraikan perpindahannya ke kelab itu.

Jam tangan itu bertemakan Arab Saudi dan dihiasi  warna hijau tua untuk mewakili bendera negara dan agama utamanya, Islam. Ia mempunyai 338 batu permata yang sangat jarang ditemui dan tertanam di dalamnya serta emas putih seberat 18 karat.

Jam mewah itu memiliki saiz 47 milimeter (mm) kali 15.85mm bersama tali kulit hijau buaya.

Bekas bintang kelab bola sepak Real Madrid dan Juventus itu turut mempamerkan jam tangan tersebut yang dihasilkan daripada 216 komponen berbeza, 27 permata serta dalam catatan Instagramnya. 

Berbanding zamrud iaitu batu berharga hijau tradisional, jam tangan itu mengandungi tsavorite, iaitu batu lut sinar paling mahal yang lebih berkilauan berbanding zamrud dan berharga tinggi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI