fbpx

Ramai pelajar sekolah tidak bertopi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIRDAUS Shariff (tengah) melihat pemeriksaan motosikal sempena advokasi keselamatan jalan raya di SMK Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/ SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah antara kesalahan paling ketara yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka melalui program advokasi jalan raya.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, jarak sekolah yang dekat dengan rumah dan sekolah dalam kawasan perumahan merupakan antara alasan yang sering diberikan oleh pelajar.

Menurut beliau, kesalahan lain yang turut dikesan adalah lesen kenderaan motor dan insurans tamat tempoh, tidak mempamerkan pelekat L dan P serta pelbagai kesalahan membabitkan isu teknikal.

“Setakat ini kita telah jalankan program advokasi jalan raya di empat buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu, SMK Bukit Katil, SMK Datuk Bendahara dan SMK Ayer Keroh.

“Sebanyak 363 buah kenderaan pelajar telah diperiksa dan kita dapati terdapat 498 kesalahan dilakukan, kesalahan paling ketara adalah tidak memakai topi keledar ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar Program Advokasi Jalan Raya SMK Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, sebanyak 20 kes lagi dikesan melibatkan pelajar yang tidak memiliki lesen membawa kenderaan ke sekolah, manakala 58 saman dikeluarkan terhadap pemandu bawah umur.

Ujar Muhammad Firdaus, ibu bapa diingatkan supaya memastikan anak-anak yang membawa kenderaan ke sekolah memiliki lesen yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI