fbpx

Penunggang motosikal maut terlanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa setelah terlanggar bahagian belakang kereta yang berhenti di lorong kecemasan, di sini, petang tadi.

PETALING JAYA – Penunggang motosikal meninggal dunia setelah terlanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 16.1 Lebuh Raya Lembah Baru Klang (NKVE) menghala ke Shah Alam, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 4.46 petang.

Jelasnya, nahas jalan raya berkenaan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan sebuah kereta jenis Proton Gen 2.

“Mangsa, lelaki berusia 54 tahun telah terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan tempat kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI