fbpx

PenMutiara tolak tawaran ex-gratia, bantuan bot kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (duduk dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Batu Maung, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) kekal pendirian menolak tawaran bayaran ex-gratia serta bantuan bot berserta enjin kepada nelayan tahap satu dengan dua daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn. Bhd.

Pengerusinya, Ibrahim Che Rose berkata, pihaknya berpendapat tawaran tersebut adalah berniat tidak baik selain memecah-belahkan ahli Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan (PNKPPS) yang menolak projek Penang South Island (PSI).

“Kami mengutuk percubaan kerajaan negeri dan SRS Consortium Sdn. Bhd. untuk memecah belahkan nelayan dengan mengelirukan mereka dengan tawaran sebegini.

“Kami sekali lagi memberitahu dengan jelas bahawa kami menolak segala tawaran daripada kerajaan negeri dan SRS Consortium serta berpendirian teguh bahawa kami tidak akan menerima projek PSI ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi Skim Sosial Impact Management Plan (SIMP) telah menawarkan bayaran ex-gratia dan bantuan bot serta enjin kepada nelayan yang bakal terkesan dengan projek PSI.

Nelayan tahap satu dan dua di kawasan yang bakal dibangunkan PSI ditawarkan bayaran ex-gratia berjumlah antara RM20,000 hingga RM5,400 serta bantuan bot dan enjin serta pembinaan jeti nelayan lengkap bersama kemudahan, program pendidikan dan lain-lain.

Menurut Ibrahim, usaha kerajaan negeri menerusi tawaran sebegitu didakwa bertujuan mempengaruhi proses penilaian Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang sedang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Selain itu, tawaran tersebut tidak mengambil kira kerosakan sumber perikanan di kawasan tambak laut yang merupakan ekosistem sensitif dan tidak boleh digantikan buat selamanya.

“Apa gunanya bot-bot besar diberikan kepada nelayan sekiranya sumber perikanan berkurangan akibat projek PSI ini,” katanya.

Beritahunya, pihaknya juga telah menghantar surat rasmi untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan agar projek PSI itu dibatalkan.

“Kami hanya menunggu masa sahaja untuk berjumpa dengan Anwar bagi berbincang mengenai projek inindan pendirian kami tetap sama bahawa PSI harus dibatalkan.

“Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa projek-projek mega seperti PSI harus dibatalkan bagi melindungi sumber dan kami berharap Perdana Menteri menunaikan janji,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI