fbpx

Pengasuh cubit budak, bagi alasan teremosi hari pertama ‘period’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam yang dialami Aidin dikongsikan di Facebook, Atika Aziz.

PETALING JAYA – Ramai ibu bapa di luar sana masih takut untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan terutamanya yang masih kecil disebabkan banyak insiden berlaku kerana kecuaian pihak pengasuh.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Atika Aziz mendakwa anak keduanya, Aidin Elliyin, 1, telah dicubit oleh pengasuh sehingga mengalami kecederaan.

Wanita itu menerusi satu hantaran berkata, kejadian tersebut berlaku pada awal tahun ini dan lebih membuatkan dirinya marah apabila alasan yang diberi pengasuh agak keterlaluan selain tidak boleh dimaafkan.

“Mula menghantar anak-anak untuk tempoh percubaan dari pukul 2 petang hingga 6 petang dan untuk tempoh percubaan nampak semuanya baik cuma Aidin je akan menangis, dan kami akan tunggu dari luar pintu sehingga Aidin berhenti menangis.

“Waktu tempoh percubaan memang semuanya indah, suspek (pengasuh) kerap hantar gambar sebagai laporan apa yang anak tengah lakukan,” katanya.

Bercerita lanjut, ibu kepada dua anak itu memaklumkan dia mula meletakkan kepercayaan kepada pengasuh untuk menjaga anak-anaknya selepas selesai tempoh percubaan selama tiga hari.

“Hari pertama selepas tempoh percubaan, suspek (pengasuh) tiada hantar laporan anak-anak seperti sebelum ini, saya mula hairan dan ada tanya pada suspek dan suspek mengatakan jangan risau, semuanya baik.

“Waktu balik kerja, lepas ambil anak-anak, singgah rumah ibu dan ibu nampak kepala Aidin bengkak lebam, bila tanya suspek, dia jawab tak tahu, masa itu saya tak nak bersangka buruk, jadi anggap sahaja anak saya lasak,” jelasnya.

katanya lagi, pada keesokan hari, muka anak keduanya itu terdapat kesan luka dan calar, alasan pengasuh adalah disebabkan kanak-kanak itu menggaru kerana gatal.

“Hari ketiga (hari kejadian) masa hantar Aidin waktu ini memang dah tak sedap hati nak hantar anak-anak. Bila waktu balik kerja, ambil anak dan masa angkat Aidin je, Ya Allah, betapa terkejutnya, hancurnya hati aku kedua-dua telinga Aidin lebam, pipi kesan seakan dipukul.

“Aku terus bawa pergi hospital dan kena tahan wad 3 hari 3 malam dan doktor sahkan Aidin ada ‘physically abuse’. Alasan pengasuh, katanya tercubit anak sebab dia asyik menangis dan suspek sedang hari pertama period (datang bulan).

“Baru hantar anak-anak tiga hari sahaja dia dah buat Aidin sampai macam ini. Kalau tak ambil tindakan awal, agaknya ambil anak dah tak bernyawa. Laporan polis juga dah dibuat ke atas suspek,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI