fbpx

Pemuda ditemui mati terapung tepi tebing sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat membawa naik mayat mangsa yang ditemukan lemas ketika mandi di sungai di Kampung Parit Haji Anuar, Ayer Hitam, Bakri, Muar, pagi tadi.

MUAR – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai Kampung Parit Haji Anuar, Ayer Hitam Batu 18, Bakri, di sini, Rabu lalu ditemui mati lemas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa, Muhammad Nur Hakim Zulkarnain, 19, ditemui pasukan penyelamat pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut beliau, mayat ditemui di tebing sungai pada jarak kira-kira sembilan kilometer dari lokasi terakhir mangsa membuat terjunan ke dalam sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 12 tengah hari dan mayat dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, operasi SAR sepanjang tiga hari turut melibatkan bantuan daripada unit pengesan anjing K9.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai bersama dua lagi sahabatnya.

Dalam kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa dikatakan hilang di bawa arus selepas bertindak terjun dari jambatan di sungai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI