fbpx

Novak Djokovic semakin hampiri pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC semakin hampir untuk meraih gelaran Terbuka Australia buat kali ke-10 selepas mara ke separuh akhir menewaskan Rublev. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic meneruskan pemburuan gelaran Grand Slam ke-10 di Terbuka Australia selepas menumbangkan pilihan kelima, Andrey Rublev untuk melangkah ke separuh akhir.

Pemenang Grand Slam seba­nyak 21 kali itu mempamerkan aksi terbaik apabila merakam kemenangan 6-1, 6-2, 6-4 ke atas pemain Russia itu dalam tempoh 2 jam dan tiga minit untuk kemenangan kali ke-26 berturut-­turutnya bagi kejohanan terbabit.

Hasil kemenangan tersebut, Djokovic akan membuat perhitungan dengan pemain ke-35 dunia dari Amerika Syarikat, ­Tommy Paul yang menewaskan Ben Shelton.

Paul yang turun bukan selaku pemain pilihan melakukan kejutan mengatasi Shelton dengan keputusan 7-6, 6-3, 5-7, 6-4 sekali gus mara ke separuh akhir kejohanan utama bagi kali pertama.

“Saya gembira dengan apa saya pamerkan pada hari ini dan persembahan saya adalah sama ketika perlawanan sebelum ini.

“Saya bermain dengan baik di gelanggang ini dan saya gembira melangkah ke pusingan sete­rusnya. Pada perlawanan kali ini saya hanya ingin melakukan yang terbaik yang mendapatkan keputusan positif,” kata Djokovic.

Rublev yang tewas sebanyak tujuh kali di pentas suku akhir Grand Slam mengakui ia adalah kekalahan yang menyakitkan meskipun turun dengan motivasi tinggi untuk mengatasi Djokovic.

“Seperti biasa saya akan cuba ambil pengalaman dan pengajaran atas kekalahan ini. Terdapat perkara yang perlu saya perbaiki selepas ini.

“Sekarang saya mempu­nyai masa yang cukup untuk membuat persediaan, bekerja, terutamanya dengan pasukan baharu yang saya ada sekarang,” kata Rublev yang kini berada di ranking nombor enam dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI