fbpx

LUAS berjaya sekat sisa minyak elak LRA henti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota LUAS meletakkan AC di dalam longkang bagi mengelakkan sisa minyak terus mengalir ke sungai berhampiran.

SHAH ALAM – Kepantasan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menghalang pencemaran sisa minyak susulan kebakaran sebuah lori muatan besi terpakai di persimpangan Bandar Serenia, Sepang dekat sini berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi.

LUAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya bergegas ke lokasi insiden selepas menerima laporan membabitkan insiden tersebut yang berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi

Katanya, satu beg Activated Carbon (AC) kemudiannya telah diletakkan di dalam aliran longkang tersebut bagi mengelakkan sisa minyak memasuki takungan berdekatan dan seterusnya masuk ke sungai berhampiran.

“Dalam masa sama, pihak PLUS telah menaburkan habuk kayu bagi tujuan kawalan pencemaran di tapak.

“Hasil semakan LUAS mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak yang telah memasuki aliran longkang berdekatan namun tiada risiko henti tugas LRA Bukit Tampoi,” katanya.

Jelas LUAS, pemantauan rapi akan terus dilaksanakan pihaknya di lokasi pencemaran sebagai langkah kesiapsiagaan mitigasi pencegahan segera sekiranya terdapat lagi penemuan saki baki kesan pencemaran di lokasi tersebut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI