fbpx

Landasan bengkok, LRT Laluan Ampang mengalami kelewatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang mengalami kelewatan akibat penjajaran landasan yang ‘kinked’ (bengkok) berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi satu kenyataannya berkata, pemerhatian awal menunjukkan masalah ini disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan.

“Ia dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan. Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan.

“Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail menutup laluan diantara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan,” katanya.

Tambahnya, perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan kurang sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.

Ujarnya, tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik disediakan diantara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Sementara itu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan bas alternatif juga telah diaktifkan bagi menampung penumpang-penumpang yang terkesan dengan gangguan perkhidmatan ini.

“Nombor bas dari Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat adalah WVH9594 dan W7486Q manakala Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya (Nombor bas: WUX5708 dan WVC3984).

“Nombor bas dari Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya pula adalah PJJ7149 dan WUW1702 dan Stesen Bandaraya ke Sentul Timur (Nombor bas: W3607T).

“Anggota Polis Bantuan juga telah dikerah ke stesen-stesen utama bagi mengawal kesesakan,” ujarnya.

Pihak Rapid Rail turut memohon maaf diatas kelewatan ini dan kesulitan yang dialami oleh para penumpang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI