fbpx

Dituduh tipu duit orang, Kim Ji-young respons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JI-YOUNG

PELAKON Kim Ji-young kini heboh dikatakan sedang melarikan diri daripada membayar hutang dua individu.

Individu pertama mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih Ji-young dan pernah menolong pelakon drama Itaewon Class itu berpindah kerana dia didera di rumah sendiri.

Ibu bapa lelaki itu turut menolong Ji-young dengan meminjamkan wang dan membayar sewa rumah setiap bulan, namun akhirnya mereka ditinggalkan begitu sahaja.

Dakwaan kedua pula datang daripada seorang penyanyi rap yang meninggalkan komen dalam ruangan Instagram Ji-young, bertanya tentang wang yang dipinjam pelakon itu.

Sedar namanya sedang hangat, Ji-young menerusi Instagram tampil dengan kenyataan ringkas memaklumkan dia sedang berusaha mendapatkan nasihat guaman atas dakwaan tersebut.

“Saya minta maaf berita negatif sebegini keluar ketika musim perayaan. Saya akan kongsi perkembangan dari semasa ke semasa,” tegasnya ringkas dalam satu perkongsian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI